Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SM La Salle 2008




Pada 28 Mac 2009, saya amat berbangga kerana saya telah mendapat Anugerah Pelajar terbaik mengikut Kelas ( 2 Rigel ). Saya harap Hari Anugerah akan datang saya dapat lagi anugerah seperti ini dengan kecemerlangan dalam PMR 2009.... amin. Penghargaan yang saya dapat ialah cek dan sijil.

Opening Ceremony MSSS kali ke-41 ( menaikkan bendera kejohanan )



Pada 23 Mac 2009, Pengakap SM La Salle telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk menaikkan bendera yang bersejarah iaitu Bendera Kejohanan MSSS kali ke 41. Kami merupakan kumpulan yang ke 41 yang menaikkan bendera yang besar ini selepas Kadet Polis.

Seramai 7 orang ahli pengakap yang membawa bendera ini mengiringi stadium sebanyak 1 pusingan. Semasa berarak membawa bendera kami diiringi oleh Brassband SMJKC Thsung Tshin. Geng - geng yang terlibat iaitu Hairil, Jaszwuin, Fareez, Stanley, Subhki, Caster dan Enosh.



Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Majlis Menurunkan Bendera Kejohanan





Pada 27 Mac 2009, saya dan rakan - rakan saya telah menurunkan bendera kejohanan MSSS yang ke - 41 bagi acara Closing Ceremony. Mula pada pukul 5.00 petang . Diiringi oleh Pancaragam Tshung Tshin .Dengan itu, Kami yang terlibat iaitu : Hairil, Nevin,Jaszwuin,Enosh,Caster,Michael,Nabil,Stanley,Subhki,Fareez